Humanity Matters hantar bekalan bantuan bernilai S$20,000 bagi mangsa gempa Turki, Syria
Berita Mediacorp | 8 Feb 2023

SINGAPURA: Pertubuhan kemanusiaan silang agama Singapura, Humanity Matters mula mengirimkan bekalan bantuan kepada mangsa gempa di Turki dan Syria. Kiriman itu termasuk empat unit bahan pemadat oksigen untuk menyokong mereka yang cedera atau ditimpa trauma. 10,000 pelitup N95 juga disertakan untuk membantu pekerja barisan hadapan.
Kiriman bekalan bantuan itu yang bernilai S$20,000 diserahkan secara rasmi oleh Timbalan Pengerusi Humanity Matters, Encik Gurmit Singh kepada Duta Turki di Singapura, Encik Mehmet Burçin Gönenli, di pusat kargo udara Changi pada Rabu (8 Feb). Humanity Matters sedang bekerjasama dengan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Turki, Hayrat Yardim, bagi kiriman bantuan ke kemudahan perubatan di tapak-tapak terjejas gempa. Terdapat lebih 1,000 kakitangan perubatan dan operasi menyelamat di bawah Haryat Yardim.
![Pertubuhan agama setempat sumbang $254,000 sokong usaha pemulihan Nepal [Berita Harian]](https://static.wixstatic.com/media/ea7aa6_a9f2daa43caa4311b499c113d376ae22~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_551,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/ea7aa6_a9f2daa43caa4311b499c113d376ae22~mv2.jpg)
![12宗教团体捐逾25万元 支持仁心组织援助尼泊尔灾后重建 [Lianhe ZaoBao]](https://static.wixstatic.com/media/ea7aa6_176a7cb3f3a544d0afb6c479932aa4b0~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_551,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/ea7aa6_176a7cb3f3a544d0afb6c479932aa4b0~mv2.jpg)
![Pertubuhan agama SG sumbang S$183,000 kepada Humanity Matters bagi usaha kemanusiaan di Nepal [Berita Mediacorp]](https://static.wixstatic.com/media/ea7aa6_7c98b6e2919a4ed7a418090e1e59e33b~mv2.jpeg/v1/fill/w_980,h_551,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/ea7aa6_7c98b6e2919a4ed7a418090e1e59e33b~mv2.jpeg)
Comments