Pertubuhan agama SG sumbang S$183,000 kepada Humanity Matters bagi usaha kemanusiaan di Nepal [Berita Mediacorp]
Berita Mediacorp| 13 Oct 2026

SINGAPURA: Tiga pertubuhan agama menyumbang S$183,000 kepada Humanity Matters (HM) pada Selasa (13 Okt) bagi menyokong usaha pemulihan mangsa bencana di Nepal.
Sumbangan daripada Singapore Buddhist Lodge, Tabernacle Church & Missions dan Geetha Ashram Singapore itu menjadikan jumlah keseluruhan dana yang berjaya dikumpulkan HM sebanyak S$354,000.
Sebahagian besar sumbangan tersebut akan digunakan untuk meluaskan kompleks anak yatim serta menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sementara baki jumlah akan digunakan untuk menyediakan bekalan keperluan.
HM akan meluaskan kompleks anak yatim yang akan menempatkan 30 lagi anak yatim dari Rasuwa, sekali gus menggandakan jumlah penghuninya daripada 30 kepada 60 orang.
Selain ruang penginapan, kemudahan seperti tandas, ruang makan, bilik rawatan,dan ruang belajar juga perlu diperluaskan.
HM juga akan memberi tumpuan kepada aspek psikososial dan emosi anak-anak yatim sedia ada, bagi mempersiapkan mereka menerima para penghuni baharu.
HM menjangkakan kerja-kerja tersebut dapat siap menjelang Disember, sebelum musim sejuk memuncak pada Januari.
![Pertubuhan agama setempat sumbang $254,000 sokong usaha pemulihan Nepal [Berita Harian]](https://static.wixstatic.com/media/ea7aa6_a9f2daa43caa4311b499c113d376ae22~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_551,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/ea7aa6_a9f2daa43caa4311b499c113d376ae22~mv2.jpg)
![12宗教团体捐逾25万元 支持仁心组织援助尼泊尔灾后重建 [Lianhe ZaoBao]](https://static.wixstatic.com/media/ea7aa6_176a7cb3f3a544d0afb6c479932aa4b0~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_551,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/ea7aa6_176a7cb3f3a544d0afb6c479932aa4b0~mv2.jpg)
![Humanity Matters kumpul S$170,000 bagi pemulihan Nepal, 100 sukarelawan himpun bantuan pada hari ke-40 tragedi [Berita Mediacorp]](https://static.wixstatic.com/media/ea7aa6_f290ebeccf7d4d229e41e835c97369a2~mv2.png/v1/fill/w_830,h_468,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/ea7aa6_f290ebeccf7d4d229e41e835c97369a2~mv2.png)
Comments