top of page

50 relawan antara agama, singsing lengan bungkus bekalan perubatan untuk hospital Hubei Sila baca

Berita Mediacorp | 29 February 2020

 


SINGAPURA: Seramai 50 sukarelawan daripada kumpulan agama berbeza di negara ini menyertai masyarakat Hubei di sini untuk membungkus bekalan perubatan bernilai lebih S$100,000 yang hendak dihantar ke wilayah China itu.

Bekalan tersebut, yang termasuk 90,000 sarung tangan, 40,000 pelitup dan 50,000 lampin orang dewasa, akan dihantar pada Selasa (3 Mac).

Semua barang itu akan diserahkan kepada para kakitangan jagaan kesihatan di lapan hospital di Hubei.

Pertubuhan kemanusiaan silang agama tempatan, Humanity Matters, menjadi penyelaras kepada usaha itu.

Seorang relawan, Nurdini Hanim Abdul Rahman, yang merupakan pelajar madrasah berkata: "Saya ingin menyumbang kepada masyarakat kerana saya merasakan bahawa penularan virus ini bukan hanya ujian bagi orang-orang yang dijangkiti dan keluarga mereka, akan tetapi bagi masyarakat umum juga."

"Maka masalah ini merupakan masalah umum dan saya merasakan bahawa kita semua sebagai masyarakat harus menyumbang dan menolong antara satu sama lain," ujar beliau lanjut.

bottom of page